PERATURAN DAN SYARAT TEMPAHAN RUMAH PENGINAPAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
  1. KELAYAKAN PEMOHON
    1. Hanya terbuka kepada pembesar-pembesar negeri / negara, kakitangan awam Kerajaan Negeri / Persekutuan dan pesara kerajaan sahaja.

    2. Rumah Peranginan (Banglo VIP) : Pegawai Kerajaan Gred 54 dan ke atas, Ketua-Ketua Jabatan atau setaranya, Pembesar-Pembesar Negeri dan Persekutuan.

    3. Rumah Transit Harmoni : Terbuka untuk semua kakitangan kerajaan termasuk pesara kerajaan (semua gred).

    4. Pemohon perlu mendaftar sebagai Pemohon Berdaftar dan pengesahan jawatan perlu dibuat oleh pihak jabatan pemohon (kecuali pesara Kerajaan perlu mengemukakan salinan Kad Pesara) / Pengesahan Jawatan Pesara Pegawai Kerajaan bagi Gred 54 dan ke atas.


  2. TEMPAHAN / PENGGUNAAN
    1. Kebenaran penggunaan hanya bagi tujuan penginapan peribadi / keluarga sahaja.

    2. Tempahan hanya dibuka bagi tempoh enam bulan (mengikut bulan kalendar). Bagi permohonan yang tarikh penggunaannya adalah kurang 30 hari dari tarikh tempahan maka tempahan perlu dibuat melalui Penyelaras Kemudahan secara bertulis.

    3. Had maksimum suatu tempahan adalah selama tujuh hari (6 malam) secara berturut-turut dan selama tiga hari (2 malam) bagi tempoh puncak (contoh : minggu cuti persekolahan).

    4. Penyewa perlu memastikan jumlah penghuni tidak dibenarkan melebihi ketetapan seperti berikut (termasuk kanak-kanak) :

      1. Rumah Peranginan VIP                      = 8 - 12 orang
      2. Rumah Transit Pangsapuri Harmoni    = 8 - 12 orang

    5. Pemohon berdaftar yang disahkan sahaja yang layak untuk mendaftar masuk di rumah penginapan (wakil bagi pemohon adalah dilarang). Pemohon berdaftar juga wajib menginap di rumah peranginan.

    6. Kebenaran penginapan akan diberikan setelah kelulusan rasmi dan resit bukti bayaran disemak oleh Penjaga Rumah Penginapan berkenaan. Penyewa perlu mengambil perhatian :-

      • Waktu Daftar Masuk         : 2.00 petang
      • Waktu Daftar Keluar         : 12.00 tengahari

    7. Perkara berikut adalah sama sekali dilarang dilakukan di dalam bangunan / kawasan Rumah Penginapan Kerajaan Negeri Pulau Pinang :-

      1. Membawa masuk binatang peliharaan;

      2. Membawa / meminum minuman keras dan berjudi;

      3. Membawa dan memasak makanan tidak halal;

      4. Melakukan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang;

      5. Melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan menimbulkan kacau ganggu;

      6. Mengotorkan dan membuang sampah sarap merata-rata; dan

      7. Mengadakan aktiviti berkumpulan Majlis / Keraian (Contoh Hari Lahir Dan Bertunang) yang melebihi jumlah penghuni ditetapkan.

    8. Penyewa adalah dipertanggungjawabkan membayar ganti rugi ke atas segala kerosakan yang berlaku jika disabit berpunca dari kecuaian penghuni / penyewa atau wakilnya.

    9. Memastikan pembayaran bil telefon (jika ada) dibayar kepada penjaga Rumah bagi rumah penginapan setelah digunakan.

    10. Pihak Penyelaras Kemudahan / Penjaga Rumah juga berhak memasuki rumah peranginan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis makluman terlebih dahulu setelah memberikan bukti pengesahan diri dengan memuaskan untuk tujuan pemeriksaan atau atas sebab-sebab munasabah, sekiranya perlu.


  3. KADAR SEWA & PEMBAYARAN
    1. Kadar sewa bagi penggunaan setiap rumah penginapan adalah seperti berikut :-

      1. Rumah Peranginan VIP                      = RM150.00 per malam

      2. Rumah Transit Pangsapuri Harmoni   = RM 75.00 per malam

    2. Tempahan hanya sah setelah penyewa menjelaskan bayaran sewa selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh penggunaan.

    3. Bayaran sewa boleh dijelaskan secara atas talian "on-line" atau di Kaunter Juruwang, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri, Tingkat 3 KOMTAR, 10503 Pulau Pinang.

    4. Pembayaran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan sekiranya penyewa membuat pembatalan kurang dari tempoh 30 hari dari tarikh penggunaan atau atas sebab-sebab yang dijustifikasi oleh pihak Pentadbir Kemudahan.


  4. Sebarang pengecualian kepada peraturan dan syarat-syarat ini hendaklah mendapat kelulusan khas terlebih dahulu daripada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.

  5. Pihak Pentadbir Kemudahan berhak membatalkan sesuatu tempahan pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang sebab atau pemohon didapati tidak mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pentadbir / Penyelaras Kemudahan :
Rumah Penginapan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Bahagian Khidmat Pengurusan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 25, KOMTAR
10503 Pulau Pinang
Tel : 04-6505128 / 6505483
Faks : 04-2613203