SYARAT-SYARAT TEMPAHAN AUDITORIUM TINGKAT 5, KOMTAR PULAU PINANG
  1. Tuan/Puan hendaklah membayar sewa sebanyak 100% setelah menerima pengesahan mengenai penempahan tersebut dan mungkin juga akan dikehendaki membayar Wang Cagaran atas kadar yang ditetapkan.

  2. Bayaran hendaklah dibuat melalui wang tunai atau Bank Draf atas BENDAHARI NEGERI, PULAU PINANG dan segala bayaran hendaklah diserahkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan, Bahagian Kutipan, Tingkat 3, KOMTAR untuk mendapatkan resit rasmi.

  3. Kerajaan Negeri berhak membatalkan sesuatu tempahan tanpa memberikan sebarang sebab.

  4. Tuan/Puan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan sebelum mengadakan sesuatu acara.

  5. Majlis Makan Malam dan sebagainya, selain daripada anjuran Kerajaan Negeri tidak dibenarkan diadakan di dalam Bilik Mesyuarat/Persidangan.

  6. Sebarang kerosakkan kepada perabut-perabut dan perkakas-perkakas yang berada di dalam Auditorium hendaklah digantikan ataupun dibayar oleh pihak tuan mengikut nilai harga barang-barang tersebut.

  7. Tuan/Puan juga diminta memberitahu kepada penonton-penonton supaya tidak dibenarkan merokok dan membawa masuk botol-botol, tin-tin, beg-beg plastik yang berisi minuman, rojak dan sebagainya ke dalam Auditorium.

  8. Kain Pemidang(Banner) mengenai sesuatu acara atau pertunjukan itu hendaklah diperiksa terlebih dahulu oleh Penyelia Auditorium dan ianya hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia di atas kain tersebut dan lain-lain Bahasa bolehlah ditulis di bawahnya.

  9. Tuan/Puan adalah diminta menjaga keselamatan dan kebersihan tempat-tempat yang digunakan serta melarang orang-orang yang tidak berkenaan daripada masuk atau mengganggu.

  10. Tuan/Puan atau wakil dikehendaki membersihkan/mengatur semula seperti sedia ada(kerusi/meja) tempat jamuan(ruang makan) tempat minuman(ruang makan) setelah digunakan. Segala peralatan/perkakasan jamuan hendaklah dibawa balik setelah selesai pada hari berkenaan juga.

  11. Tuan/Puan atau wakil adalah dilarang sama sekali memasak/memanas bahan-bahan untuk jamuan di dalam ruang pameran.

  12. Sebarang kemalangan yang berlaku bersabit dengan penggunaan tempat-tempat yang disewakan tidaklah menjadi tanggungjawab Pentadbiran Auditorium itu.

  13. Tuan/Puan adalah dikehendaki menunjukkan Resit Bayaran/Surat Kebenaran kepada Penjaga Bilik Auditorium sebelum masuk menggunakan tempat-tempat yang disewa.

  14. Pihak Pentadbiran Auditorium berhak melelapkan wang sewa tempahan/cagaran, sekiranya tuan/puan membatalkan tempahan penyewaan tempat-tempat tersebut.