SYARAT-SYARAT TEMPAHAN KOMPLEKS MASYARAKAT PENYAYANG
1. TEMPAHAN
1.1 Tempahan boleh dibuat secara online melalui sistem eTempahan Berpusat (etempahan.penang.gov.my) dan penempah perlu hadir ke Pejabat Pengurusan Kompleks Masyarakat Penyayang dalam tempoh 14 hari. Tempahan hanya sah setelah penyewa menjelaskan kesemua bayaran sewa.
1.2 KERAJAAN NEGERI BERHAK MEMBATALKAN SESUATU TEMPAHAN PADA BILA-BILA MASA SEKIRANYA KERAJAAN NEGERI MEMERLUKAN PENGGUNAAN KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIAN BANGUNAN KOMPLEKS MASYARAKAT PENYAYANG UNTUK MAJLIS RASMI KERAJAAN NEGERI PADA TARIKH ATAU MASA TERSEBUT.
2. BAYARAN
2.1 Bayaran Sewa
2.1.1 Penyewa hendaklah menjelaskan kesemua bayaran setelah menerima pengesahan tempahan daripada pihak Pengurusan Kompleks selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh tempahan;
2.1.2 Bayaran hendaklah dibuat melalui wang tunai atau cek atas nama BENDAHARI NEGERI PULAU PINANG dan segala bayaran hendaklah diserahkan di Kaunter PSUKPP, Tingkat 3, KOMTAR pada tarikh yang telah ditetapkan. Sila dapatkan Resit Rasmi Bayaran.
2.1.3 Sekiranya penyewa membatalkan penyewaan kurang 30 hari dari tarikh majlis/tempahan dan bayaran sewaan telahpun dibuat, pihak Pengurusan Kompleks tidak akan mengembalikan semula bayaran tersebut; dan
2.1.4 Kadar sewa adalah tertakluk kepada perubahan daripada masa ke semasa.
3. KEBENARAN
3.1 Penyewa hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan sebelum mengadakan sesuatu acara yang memerlukan penyewa berbuat demikian.
3.2 Penyewa adalah dikehendaki menunjukkan resit bayaran/surat kebenaran kepada Penyelia Kompleks sebelum masuk menggunakan tempat-tempat yang disewa.
4. KEROSAKAN/KEMALANGAN
4.1 Penyewa hendaklah mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan keselamatan kesemua jemputannya terjamin. Sebarang kemalangan, kecederaan atau kematian yang berlaku bersabit dengan penggunaan tempat-tempat yang disewakan tidaklah menjadi tanggungjawab pihak Pengurusan Kompleks dan Kerajaan Negeri.
4.2 Sebarang kerosakan kepada tempat-tempat yang disewa termasuk perabut-perabut dan perkakas adalah menjadi tanggungjawab penyewa dan hendaklah diganti atau dibayar mengikut nilai semasa harga barangan tersebut. Pihak Pengurusan dan Kerajaan Negeri berhak menggunakan budi bicaranya bagi menetapkan jumlah nilai kerosakan tersebut.
4.3 Penyewa hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan ke atas barangan yang ditinggalkan dan sebarang kerosakan dan kehilangan tidaklah menjadi tanggungjawab pihak Pengurusan Kompleks dan Kerajaan Negeri.
4.4 Pihak Pengurusan Kompleks dan Kerajaan Negeri tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku akibat kerosakan mesin, kegagalan bekalan elektrik, kebakaran dan lain-lain kejadian semulajadi, yang mungkin mengakibatkan pembatalan penyewaan atau penutupan premis.
5. LARANGAN
5.1 Penyewa dilarang menampal atau melekat sebarang poster, handbill atau sebarang bentuk kenyataan di dinding, tiang atau cermin.
5.2 Penyewa adalah tidak dibenarkan sama sekali mempamerkan poster-poster, patung/lembaga yang berunsurkan lucah dan botol-botol minuman keras/arak serta poster-poster lambang yang berkaitan dengan apa cara sekali pun.
5.3 Penyewa dilarang sama sekali memasang apa-apa jua bendera/banner di sekeliling/dalam kawasan Kompleks Masyarakat Penyayang kecuali di dalam Dewan/Bilik Seminar/Mesyuarat yang ditempah sahaja.
5.4 Penyewa bertanggungjawab memaklumkan kepada peserta/pengguna supaya TIDAK MEROKOK, BERMAIN MERCUN dan membawa masuk botol-botol, tin-tin, POLISTERIN, BEG-BEG PLASTIK yang berisi minuman, dan sebagainya ke dalam Kompleks Masyarakat Penyayang.
5.5 Penyewa bertanggungjawab memberitahu kepada peserta/pengguna supaya tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk ARAK DAN MINUMAN KERAS ke dalam Kompleks Masyarakat Penyayang.
5.6 Penyewa atau Katerer dilarang memasak/memanaskan bahan-bahan untuk jamuan di dalam kawasan Kompleks Masyarakat Penyayang.
5.7 Penyewa atau katerer dilarang membuang sisa-sisa makanan ke dalam tandas, longkang, sinki dan di persekitaran kawasan kompleks.
5.8 Penyewa perlu memastikan pihak katerer / PA System / penghias dalaman tidak menggunakan sebarang peralatan seperti stapler, paku dan seumpamanya ke atas peralatan dan kemudahan yang disediakan di KMP.
6. CARA PENGGUNAAN
6.1 Pemasangan 'Back Drop' hendaklah dilakukan dalam waktu yang ditempah dan hendaklah ditanggalkan selepas majlis tamat. Tidak dibenarkan memaku, menebuk lubang dan sebagainya pada dinding atau lantai dewan, bilik seminar atau bilik mesyuarat.
6.2 Sebarang bentuk perubahan/susun atur, penggunaan peralatan termasuk perkakasan elektrik hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran pihak Pengurusan Kompleks.
6.3 Penyewa hendaklah memastikan bahawa jemputan tidak bertindak dengan apa cara sekali pun yang boleh menghalang laluan awam.
6.4 Kain Pemidang (banner) mengenai sesuatu acara atau pertunjukan hendaklah diperiksa terlebih dahulu oleh pihak Pengurusan Kompleks dan ianya hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia di atas kain tersebut dan lain-lain bahasa bolehlah ditulis di bawahnya. Kain Pemidang tersebut hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan.
6.5 Penyewa dikehendaki membawa keluar semua peralatan/perkakasan penyewa/katerer pada hari yang sama selepas majlis/program tamat.
7. TEMPAHAN MAKANAN
7.1 Penyewa boleh menempah makanan dari katerer namun tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
7.1.1 Penyewa/Katerer hendaklah sentiasa memastikan bahawa segala makanan dan minuman jamuan adalah HALAL. Arak dan minuman keras tidak dibenarkan.
7.1.2 Katerer adalah diwajibkan menyediakan bekalan peralatan seperti pinggan-mangkuk dan cawan yang mencukupi untuk majlis kerana tiada kemudahan tempat membasuh pinggan-mangkuk disediakan. ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MEMBASUH SEBARANG PERALATAN DI TANDAS KOMPLEKS ATAU DI MANA-MANA TEMPAT DI DALAM KAWASAN KOMPLEKS;
7.1.3 Adalah menjadi tanggungjawab katerer untuk memastikan tempat buangan sampah atau plastik sampah disediakan secukupnya bagi membuang sisa-sisa makanan yang ada;
7.1.4 Katerer adalah dilarang sama sekali membuang sisa cecair yang berminyak ke dalam longkang kompleks;
7.1.5 Penggunaan POLISTERIN & BEG PLASTIK adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam kompleks;
7.1.6 Adalah menjadi tanggungjawab katerer untuk memastikan tahap kebersihan tempat penyelenggaraan kerja-kerja katering serta penyediaan makanan/minuman sentiasa dijaga dan terjamin;
7.1.7 Penyewa/katerer hendaklah sentiasa memastikan kebersihan kawasan dan peralatan sewaan sepanjang majlis berlangsung tamat;
7.1.8 Semua persediaan /persiapan makanan hendaklah disediakan di foyer di luar di sebelah Jalan Utama;
7.1.9 Pihak katerer adalah dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap pekerja yang bertugas berpakaian kemas, bersih dan telah menjalani pemeriksaan kesihatan di jabatan yang berkaitan;
7.1.10 Pihak katerer hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan ke atas barangan yang ditinggalkan dan sebarang kerosakan dan kehilangan tidaklah menjadi tanggungjawab pihak Pengurusan Kompleks dan Kerajaan Negeri; dan
7.1.11 Pihak katerer bertanggungjawab memaklumkan kepada setiap petugas/kakitangannya supaya TIDAK MEROKOK dan membawa masuk botol-botol, tin-tin, POLYSTERIN, BEG-BEG PLASTIK yang berisi minuman dan sebagainya ke dalam Kompleks Masyarakat Penyayang.
7.1.12 Katerer dilarang menggunakan meja bulat & meja (2x8) untuk bahagian katerer termasuk menggunakan meja itu untuk meletakkan makanan. Barangan makanan hanya dibenarkan menggunakan (1) satu meja buffet yang diberi.
7.2 Pihak katerer adalah bertanggungjawab terhadap sebarang tempahan yang dibuat oleh penyewa dalam penyediaan dan penghantaran makanan dalam waktu yang ditetapkan.
8. PENGGUNAAN LIF
8.1 Penyewa dilarang menggunakan lif penumpang bagi kegunaan mengangkut barang, makanan, minuman dan peralatan sistem audio.
Semua penyewa / katerer hendaklah mematuhi syarat-syarat di atas. PELANGGARAN SYARAT-SYARAT DI ATAS BOLEH MENYEBABKAN PROGRAM BERKENAAN DIBATALKAN SERTA MERTA.