SYARAT-SYARAT TEMPAHAN PUSAT HARMONI
1. TEMPAHAN
1.1 Tempahan boleh dibuat secara online melalui sistem eTempahan Berpusat (etempahan.penang.gov.my) dan penempah perlu hadir ke Pejabat Pusat Harmoni Pulau Pinang (PgHC) yang beralamat di No.15 Jalan Scotland, 10450 Pulau Pinang dalam tempoh 14 hari. Tempahan hanya sah setelah penyewa menjelaskan kesemua bayaran sewa.
2. BAYARAN
2.1 Bayaran Sewa
2.1.1 Penyewa hendaklah menjelaskan kesemua bayaran setelah menerima pengesahan tempahan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh tempahan;
2.1.2

Bayaran hendaklah dibuat melalui wang tunai atau cek atas nama BENDAHARI NEGERI PULAU PINANG pada tarikh yang telah ditetapkan. Sila dapatkan Resit Rasmi Bayaran.

2.1.3 Sekiranya penyewa membatalkan penyewaan kurang 14 hari dari tarikh tempahan dan bayaran sewaan telahpun dibuat, pihak Pengurusan PgHCtidak akan mengembalikan semula bayaran tersebut; dan
2.1.4 Kadar sewa adalah tertakluk kepada perubahan daripada masa ke semasa.
3. KEBENARAN
3.1 Penyewa hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan sebelum mengadakan sesuatu acara yang memerlukan penyewa berbuat demikian.
3.2 Penyewa adalah dikehendaki menunjukkan resit bayaran/surat kebenaran kepada Penyelia PgHCsebelum masuk menggunakan tempat-tempat yang disewa.
4. KEROSAKAN/KEMALANGAN
4.1 Penyewa hendaklah mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan keselamatan kesemua jemputannya terjamin. Sebarang kemalangan, kecederaan atau kematian yang berlaku bersabit dengan penggunaan tempat-tempat yang disewakan tidaklah menjadi tanggungjawab pihak Pengurusan PgHC dan Kerajaan Negeri.
4.2

Sebarang kerosakan kepada tempat-tempat yang disewa termasuk perabut-perabut dan perkakas adalah menjadi tanggungjawab penyewa dan hendaklah diganti atau dibayar mengikut nilai semasa harga barangan tersebut. Pihak Pengurusan dan Kerajaan Negeri berhak menggunakan budi bicaranya bagi menetapkan jumlah nilai kerosakan tersebut.

4.3 Penyewa hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan ke atas barangan yang ditinggalkan dan sebarang kerosakan dan kehilangan tidaklah menjadi tanggungjawab pihak Pengurusan PgHC dan Kerajaan Negeri.
4.4 Pihak Pengurusan PgHC dan Kerajaan Negeri tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku akibat kerosakan mesin, kegagalan bekalan elektrik, kebakaran dan lain-lain kejadian semulajadi, yang mungkin mengakibatkan pembatalan penyewaan atau penutupan premis.
5. LARANGAN
5.1 Penyewa dilarang menampal atau melekat sebarang poster, handbill atau sebarang bentuk kenyataan di dinding, tiang atau cermin tanpa mendapat kebenaran daripada Pengurusan PgHC.
5.2 Penyewa adalah tidak dibenarkan sama sekali mempamerkan poster-poster, patung/lembaga yang berunsurkan lucah dan botol-botol minuman keras/arak serta poster-poster lambang yang berkaitan dengan apa cara sekali pun.
5.3

Penyewa dilarang sama sekali memasang apa-apa jua bendera/banner di sekeliling/dalam kawasan PgHC kecuali di dalam Dewan/Bilik Seminar/Mesyuarat yang ditempah sahaja.

5.4

Penyewa bertanggungjawab memaklumkan kepada peserta/pengguna supaya TIDAK MEROKOK, BERMAIN MERCUN dan membawa masuk botol-botol, tin-tin, POLISTERIN, BEG-BEG PLASTIK yang berisi minuman, dan sebagainya ke dalam PgHC.

5.5 Penyewa bertanggungjawab memberitahu kepada peserta/pengguna supaya tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk ARAK DAN MINUMAN KERAS ke dalam PgHC.
5.6 Penyewa atau Katerer dilarang memasak/memanaskan bahan-bahan untuk jamuan di dalam kawasan PgHC.
5.7 Penyewa atau katerer dilarang membuang sisa-sisa makanan ke dalam tandas, longkang, sinki dan di persekitaran kawasan PgHC.
5.8 Penyewa perlu memastikan pihak katerer / PA System / penghias dalaman tidak menggunakan sebarang peralatan seperti stapler, paku dan seumpamanya ke atas peralatan dan kemudahan yang disediakan di PgHC.
6. CARA PENGGUNAAN
6.1 Pemasangan 'Back Drop' hendaklah dilakukan dalam waktu yang ditempah dan hendaklah ditanggalkan selepas majlis tamat. Tidak dibenarkan memaku, menebuk lubang dan sebagainya pada dinding atau lantai dewan, bilik seminar atau bilik mesyuarat.
6.2

Sebarang bentuk perubahan/susun atur, penggunaan peralatan termasuk perkakasan elektrik hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran pihak Pengurusan Kompleks.

6.3 Penyewa hendaklah memastikan bahawa jemputan tidak bertindak dengan apa cara sekali pun yang boleh menghalang laluan awam.
6.4 Kain Pemidang (banner) mengenai sesuatu acara atau pertunjukan hendaklah diperiksa terlebih dahulu oleh pihak Pengurusan PgHC dan ianya hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia di atas kain tersebut dan lain-lain bahasa bolehlah ditulis di bawahnya. Kain Pemidang tersebut hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan.
6.5 Penyewa dikehendaki membawa keluar semua peralatan/perkakasan penyewa/katerer pada hari yang sama selepas majlis/program tamat.
7. TEMPAHAN MAKANAN (PGHC TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG MAKANAN/ MINUMUM BERPERISA DI DALAM DEWAN PERSIDANGAN / BILIK KACA / BILIK FUNGSI)
7.1

Penyewa boleh menempah makanan dari katerer namun tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

7.1.1 Penyewa/Katerer hendaklah sentiasa memastikan bahawa segala makanan dan minuman jamuan adalah HALAL atau “Pork Free”. Arak dan minuman keras tidak dibenarkan.
7.1.2

Katerer adalah diwajibkan menyediakan bekalan peralatan seperti pinggan-mangkuk dan cawan yang mencukupi untuk majlis kerana tiada kemudahan tempat membasuh pinggan-mangkuk disediakan. ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MEMBASUH SEBARANG PERALATAN DI TANDAS PgHC ATAU DI MANA-MANA TEMPAT DI DALAM KAWASAN PgHC;

7.1.3  Adalah menjadi tanggungjawab katerer untuk memastikan tempat buangan sampah atau plastik sampah disediakan secukupnya bagi membuang sisa-sisa makanan yang ada;
7.1.4 Katerer adalah dilarang sama sekali membuang sisa cecair yang berminyak ke dalam longkang kompleks;
7.1.5 Penggunaan POLISTERIN & BEG PLASTIK adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam kompleks;
7.1.6 Adalah menjadi tanggungjawab katerer untuk memastikan tahap kebersihan tempat penyelenggaraan kerja-kerja katering serta penyediaan makanan/minuman sentiasa dijaga dan terjamin;
7.1.7 Penyewa/katerer hendaklah sentiasa memastikan kebersihan kawasan dan peralatan sewaan sepanjang majlis berlangsung tamat;
7.1.8

Semua persediaan /persiapan makanan hendaklah disediakan di foyer di luar;

7.1.9 Pihak katerer adalah dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap pekerja yang bertugas berpakaian kemas, bersih dan telah menjalani pemeriksaan kesihatan di jabatan yang berkaitan;
7.1.10 Pihak katerer hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan ke atas barangan yang ditinggalkan dan sebarang kerosakan dan kehilangan tidaklah menjadi tanggungjawab pihak Pengurusan PgHCdan Kerajaan Negeri; dan
7.1.11 Pihak katerer bertanggungjawab memaklumkan kepada setiap petugas/kakitangannya supaya TIDAK MEROKOK dan membawa masuk botol-botol, tin-tin, POLYSTERIN, BEG-BEG PLASTIK yang berisi minuman dan sebagainya ke dalam PgHC.
7.2 Pihak katerer adalah bertanggungjawab terhadap sebarang tempahan yang dibuat oleh penyewa dalam penyediaan dan penghantaran makanan dalam waktu yang ditetapkan.

Semua penyewa / katerer hendaklah mematuhi syarat-syarat di atas. PELANGGARAN SYARAT-SYARAT DI ATAS BOLEH MENYEBABKAN PROGRAM BERKENAAN DIBATALKAN SERTA MERTA.