SYARAT KENDURI
1. TEMPAHAN
Tempahan boleh dibuat di
Pejabat Dewan Sri Pinang
dan tempahan hanya sah setelah mendapat surat pengesahan daripada
penyelia Dewan Sri Pinang.
Kerajaan Negeri berhak membatalkan sesuatu tempahan tanpa memberi sebarang sebab.
BAYARAN SEWA
.
Penyewa
hendaklah
menjelaskan
kesemua bayaran sebelum sesuatu jamuan diadakan.
Bayaran
hendaklah dibuat dalam bentuk
WANG TUNAI/BANK DRAF/POSTAL ORDER ATAU WANG KIRIMAN POS (BERPALANG)
atas nama
BENDAHARI NEGERI PULAU PINANG
dan
segala bayaran
hendaklah
dibuat pada waktu pejabat. Cek tidak diterima.
Sila dapatkan
resit rasmi
bayaran semasa pembayaran dibuat.
Sebarang pembayaran sewaan oleh pihak penganjur kepada Kerajaan Negeri tidak akan dikembalikan jika pihak penganjur membatalkan sewaan kurang daripada 30 hari dari tarikh sewaan sebenar.
Kadar sewa
adalah
tertakluk
kepada
perubahan
daripada semasa ke semasa
KEROSAKAN / KEMALANGAN
.
Penyewa
hendaklah mengambil
langkah-langkah perlu
untuk memastikan
keselamatan
kesemua jemputannya
terjamin
. Sebarang kemalangan, kecederaan atau kematian yang berlaku bersabit dengan penggunaan tempat-tempat yang disewakan tidaklah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri.
Sebarang
kerosakan
kepada tempat-tempat yang disewa termasuk
perabot-perabot dan perkakas
adalah
menjadi tanggungjawab
penyewa dan hendaklah
diganti atau dibayar
mengikut nilai harga barangan tersebut.
Kerajaan Negeri berhak menggunakan budibicaranya menetapkan jumlah nilai kerosakan ini.
Penyewa
hendaklah
mengambil langkah-langkah keselamatan
di atas barangan yang ditinggalkan dan sebarang kerosakan. Kehilangan
tidaklah
menjadi
tanggungjawab Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri tidak akan bertanggungjawab
terhadap sebarang
kerugian
yang berlaku akibat
kerosakan mesin
, kegagalan
bekalan elektrik, kebakaran
dan lain-lain
kejadian semulajadi
, yang mungkin mengakibatkan pembatalan penyewaan atau penutupan premis.
CARA PENGGUNAAN
.
Penyewa
dikehendaki
menunjukkan
resit bayaran/surat kebenaran
kepada pengawal keselamatan dewan sri pinang sebelum masuk ke tempat yang disewa.
Dilarang
menampal atau melekat sebarang poster, handbill atau
sebarang bentuk kenyataan di dinding , di tiang atau cermin.
Sebarang bentuk perubahan/susunatur, penggunaan peralatan termasuk perkakasan elektrik hendaklah terlebih dahulu
mendapat kebenaran
Penyelia Dewan Sri Pinang
Pemasangan ¡®back drop¡¯
hendaklah
dilakukan dalam waktu yang ditempah
dan hendaklah
ditanggalkan selepas majlis tamat. Tidak dibenarkan
memaku, menebuk lubang dan sebagainya pada dinding atau lantai foyer, bilik mesyuarat dan sebagainya.
Penyewa hendaklah
memastikan
bahawa
jemputan tidak dibenarkan duduk ditempat laluan serta menghalang laluan.
Penyewa adalah
tidak dibenarkan sama sekali mempamerkan poster-poster, patung/lembaga yang berunsur lucah dan botol-botol minuman keras/arak serta poster-poster lambang berkaitan dengan apa cara sekali pun.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
.
Penyewa/katerer hendaklah memastikan bahawa segala makanan dan minuman jamuan adalah
halal
dan makanan islam (muslim food).
Minuman keras tidak dibenarkan.
Penyewa/katerer hendaklah sentiasa memastikan
kebersihan kawasan dan peralatan
sewaan semasa jamuan bermula dan berakhir
Penyewa/katerer hendaklah memastikan semua
sisa-sisa makanan tidak dibuang
ke dalam
sinki/mangkuk tandas/persekitaran bangunan
Semua
sisa makanan
hendaklah
dibuang ke dalam tong-tong sampah
yang telah disediakan. Penyewa/katerer hendaklah
menyediakan plastik sampah sendiri.
Semua peralatan makanan hendaklah dibasuh [jika perlu] ditempat yang telah disediakan
Segala persediaan/persiapan makanan hendaklah disediakan di
foyer luar disebelah Lebuh Duke.
Sebarang peralatan yang diperbuat dari
polistrena adalah tidak dibenarkan
Semua penyewa/katerer hendaklah mematuhi syarat-syarat di atas. Jika syarat-syarat itu tidak dipatuhi
katerer
tersebut akan
disenarai hitamkan.
PELANGGARAN SYARAT-SYARAT DI ATAS BOLEH MENYEBABKAN PROGRAM BERKENAAN DIBATALKAN SERTA MERTA.