SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN DEWAN SRI PINANG
TEMPAHAN
Tempahan boleh dibuat di
Pejabat Dewan Sri Pinang
dan tempahan hanya sah setelah mendapat surat pengesahan daripada
penyelia Dewan Sri Pinang.
Kerajaan Negeri berhak membatalkan sesuatu tempahan tanpa memberi sebarang sebab.
Parti-parti politik tidak dibenarkan menggunakan Dewan Sri Pinang untuk sebarang aktiviti kecuali dengan kelulusan khas daripada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.
Majlis makan tidak dibenarkan sama sekali diadakan didalam auditorium.
Penyewa adalah bertanggungjawab mendapatkan kebenaran/lesen/permit yang sah daripada pihak berkuasa yang berkenaan sebelum mengadakan sesuatu persembahan.
BAYARAN SEWA
.
Penyewa
hendaklah
menjelaskan
kesemua bayaran sebelum sesuatu jamuan diadakan.
Bayaran
hendaklah dibuat dalam bentuk
WANG TUNAI/BANK DRAF/POSTAL ORDER ATAU WANG KIRIMAN POS (BERPALANG)
atas nama
BENDAHARI NEGERI PULAU PINANG
dan
segala bayaran
hendaklah
dibuat pada waktu pejabat. Cek tidak diterima.
Sila dapatkan
resit rasmi
bayaran semasa pembayaran dibuat.
Sebarang pembayaran sewaan oleh pihak penganjur kepada Kerajaan Negeri tidak akan dikembalikan jika pihak penganjur membatalkan sewaan kurang daripada 30 hari dari tarikh sewaan sebenar.
Kadar sewa
adalah
tertakluk
kepada
perubahan
daripada semasa ke semasa
CARA PENGGUNAAN
.
Penyewa bertanggungjawab
memberitahu
penonton/peserta supaya tidak merokok
dan
membawa masuk botol
dan
tin minuman serta makanan ke dalam auditorium atau bilik-bilik mesyuarat.
Kain pemidang (banner)
hendaklah
dicetak
didalam
Bahasa Malaysia
dan
bahasa lain
hanya boleh dicetak dengan tulisan yang lebih kecil dibawahnya.
Pruf
kain pemidang ini hendaklah
diperiksa
dan
diluluskan/
oleh
penyelia Dewan Sri Pinang
sebelum dicetak.
Kerajaan negeri berhak menurunkan kain pemidang
yang didapati
kurang sesuai.
Penyewa bertanggungjawab
di atas
keselamatan
dan
kebersihan
tempat-tempat yang digunakan serta
melarang
orang ramai yang
tidak berkenaan
yang boleh menganggugugat perjalanan program
Penyewa adalah
dilarang memasak/memanas
bahan-bahan untuk jamuan dan
dilarang mencuci/membasuh pinggan mangkuk disekitar Dewan Sri Pinang.
Penyewa dikehendaki membersihkan/mengatur semula kerusi/meja
tempat jamuan setelah digunakan. Segala
peralatan/ perkakas jamuan hendaklah dikeluarkan daripada premis Dewan Sri Pinang
setelah majlis tamat pada
hari berkenaan
juga
KEROSAKAN / KEMALANGAN
.
Penyewa
hendaklah mengambil
langkah-langkah perlu
untuk memastikan
keselamatan
kesemua jemputannya
terjamin
. Sebarang kemalangan, kecederaan atau kematian yang berlaku bersabit dengan penggunaan tempat-tempat yang disewakan tidaklah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri.
Sebarang
kerosakan
kepada tempat-tempat yang disewa termasuk
perabot-perabot dan perkakas
adalah
menjadi tanggungjawab
penyewa dan hendaklah
diganti atau dibayar
mengikut nilai harga barangan tersebut.
Kerajaan Negeri berhak menggunakan budibicaranya menetapkan jumlah nilai kerosakan ini.
Penyewa
hendaklah
mengambil langkah-langkah keselamatan
di atas barangan yang ditinggalkan dan sebarang kerosakan. Kehilangan
tidaklah
menjadi
tanggungjawab Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri tidak akan bertanggungjawab
terhadap sebarang
kerugian
yang berlaku akibat
kerosakan mesin
, kegagalan
bekalan elektrik, kebakaran
dan lain-lain
kejadian semulajadi
, yang mungkin mengakibatkan pembatalan penyewaan atau penutupan premis.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
.
Penyewa
dikehendaki
menunjukkan
resit bayaran/surat kebenaran
kepada pengawal keselamatan dewan sri pinang sebelum masuk ke tempat yang disewa
Dilarang
menampal atau melekat sebarang poster, handbill atau
sebarang bentuk kenyataan di dinding , ditiang atau cermin.
Sebarang bentuk perubahan/susunatur, penggunaan peralatan termasuk perkakasan elektrik hendaklah terlebih dahulu
mendapat kebenaran
penyelia Dewan Sri Pinang
Pemasangan ¡®back drop
¡¯ hendaklah
dilakukan dalam waktu yang ditempah
dan hendaklah
ditanggalkan selepas majlis tamat. Tidak dibenarkan
memaku, menebuk lubang dan sebagainya pada dinding atau lantai auditorium, bilik mesyuarat dan sebagainya
Bagi pengguna yang menganjurkan program - program kerajaan maka pemasangan ¡®back drop¡¯
hendaklah di dalam Bahasa Malaysia
dan
logo kerajaan negeri/persekutuan
hendaklah dipamerkan
Penyewa hendaklah
memastikan
bahawa
penjualan tiket/kebenaran masuk
kedalam auditorium hanyalah tertakluk kepada tempat duduk sahaja.
Penonton tidak dibenarkan duduk ditempat laluan serta menghalang laluan.
Penyewa adalah tidak
dibenarkan sama sekali mempamerkan poster-poster, patung/lembaga yang berunsur lucah dan botol-botol minuman keras/arak serta poster-poster lambang
berkaitan dengan apa cara sekali pun
PELANGGARAN SYARAT-SYARAT DI ATAS BOLEH MENYEBABKAN PROGRAM BERKENAAN DIBATALKAN SERTA MERTA.